Total Pageviews

Tuesday, September 13, 2011

Tips menghadapi EXAM!!

  * *1. Tidur awal*

Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi
penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.


  * *2. Bangun awal*

Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan
tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat
taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan.
Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

  * *3. Baca surah Yaasin*

Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu
kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya
kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari
jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari,
InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama
satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.

Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya
pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati
supaya Allah bantu kita.

  * *4. Telefon ibu*

Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa
kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau
kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.
InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

  * *5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal*

Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit
lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.

Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan
peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia
termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan
pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat
duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak
kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa
dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??

Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

  * *6. Senyum dan Sapa*

Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur
sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa?

Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan
untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari
mana dia datang dan apa-apa sajalah.

Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan
atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur
calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa
lebih berkeyakinan.

  * *7. Kunyah gula-gula getah (/chewing gum/)*

Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan
mengunyah /chewing gum/. Mengunyah /chewing gum/ bukan saja dapat
mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus
berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi
ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak
mengunyah /chewing gum/ semasa/meeting/.

Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli /chewing gum/ dan
meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya
memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara
ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya
lebih /pick-up /daripada biasa.

Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘/chewing
gum/‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.

  * *8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar*

Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas
Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah
dengan sebaik mungkin.

  * *9. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah*

Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan
bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah
bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha
yang kita telah lakukan.

  * *10. Muhasabah diri*

Selepas peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan
kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan
dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak
mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat
mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.
Sumber :
http://pakarhowto.com

1 comment:

nuRain guRlz blogspot said...

kat sekolah saya.. mana kasi makan chewing gam ..chewing gam merupakan barang larangan sekolah saya ..dlm dewan mane boleh makan kan ..

Search This Blog

World time