Total Pageviews

Sunday, February 15, 2009

2.2 Mengira kos elektrik


Meter Kilowattjam



2.2 Mengira kos elektrik


Kaedah pengiraan(untuk tujuan peperiksaan) berdasarkan tarif di atas....

Contoh 1

Bacaan dahulu/ awal (bulan lepas) = 34231 kWj
Bacaan sekarang/ semasa (bulan ini) = 35111 kWj

Beza unit ( jumlah penggunaan) = 35111 - 34231 = 880 kWj

Jumlah RM perlu dibayar ialah

200 unit pertama = 0.218 X 200 = RM 43.60
680 unit seterusnya = 0.258 X 680 = RM 175.44

Jumlah perlu dibayar = RM 43.60 + RM 175.44 = RM 219.04

Mengapa 200 unit pertama X 0.218 ?
= kerana tarif untuk 200 unit pertama ialah RM 0.218 seunit/ 21.8 sen seunit

Mengapa 680 unit seterusnya X 0.258 ?
= kerana tarif untuk 800 unit seterusnya( selepas 200 unit pertama) = RM 0.258 seunit

Mengapa dikira 680 dan bukan 800?
= kerana jumlah unit yang digunakan hanyalah 880, selepas ditolak 200 unit pertama bakinya ialah......680 sahaja (880-200= 680)...
oleh itu hanya 680 sahaja yang didarab dengan tarif 0.258 seunit






Tarif di bawah ialah tarif SEBENAR yang digunakan (hanya untuk makluman), BUKAN untuk tujuan peperiksaan!

Tarif A - Tarif Kediaman


Bagi Jumlah Pengunaan di antara 0-400 kWj/sebulan


200 kWj pertama
(1 - 200 kWj) sebulan
sen/kWj 21.8

200 kWj berikutnya
(201 - 400 kWj) sebulan
sen/kWj 33.4

Caj minimum bulanan ialah RM3.00






Bagi Jumlah Penggunaan melebihi 400 kWj/sebulan


500 kWj pertama
(1-500 kWj) sebulan
sen/kWj 28.6

100 kWj berikutnya
(501- 600 kWj) sebulan
sen/kWj 37.8

100 kWj berikutnya
(601- 700 kWj) sebulan
sen/kWj 38.7

100 kWj berikutnya
(701- 800 kWj) sebulan
sen/kWj 39.7

100 kWj berikutnya
(801- 900 kWj) sebulan
sen/kWj 41.7

Setiap kWj berikutnya
(901 kWj ke atas) sebulan
sen/kWj 44.6

Caj minimum bulanan ialah is RM3.00





"Pengguna Kediaman" bererti pengguna yang menduduki rumah kediaman, yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan atau untuk sebarang bentuk perniagaan, perdagangan, aktiviti profesional atau perkhidmatan.

http://www.tnb.com.my/tnb/tariff/newrate_bm.htm

No comments:

Search This Blog

World time