Total Pageviews

Sunday, February 15, 2009

1.1 Nama, simbol & fungsi komponen




1.1 Nama, simbol & fungsi komponen


  • Litar Bersepadu/ Litar Terkamil/ IC-Integrated Circuit
  1. Litar Bersepadu membentuk satu litar dalam pakej kecil/mikro. Mengecilkan saiz litar, menjimatkan ruang
  2. IC adalah gabungan komponen-komponen seperti perintang, kapasitor, transistor dan diod dalam satu cip silikon/ mikro silikon/ serpihan.

  1. Cip silikon dihubungkan dengan pin/ kaki IC melalui wayar emas.
  2. Bentuk & Jenis IC
  3. IC ne 555
  • Berfungsi sebagai Pemasa

  • 8 kaki/ pin
  • titik menentukan kaki/pin no-1
  • 1-bumi
  • 2-picu
  • 3-keluaran
  • 4-set semula masa
  • 5-voltan kawalan
  • 6-ambang
  • 7-nyahcas
  • 8-punca positif

Geganti/ Relay

  • Sebagai suis kawalan litar berarus tinggi seperti litar kawalan lampu isyarat.
  • dikawal oleh aruhan magnet
  • 5 bahagian utama, gegelung, teras besi, armatur, plat sesentuh dan tamatan



Cara berfungsi
  • arus mengalir melalui gegelung
  • aruhan elektromagnet terhasil
  • armatur tertarik ke teras besi
  • plat sesentuh bersentuhan maka arus mengalir dalam litar
  • tanpa arus di gegelung, armatur terlepas (dari teras besi) dan plat sesentuh tidak bersentuhan

No comments:

Search This Blog

Loading...

World time